TOKYO 25 Okt. – Seorang wartawan Jepun yang diculik di Syria selama lebih tiga tahun lalu pulang ke tanah airnya, hari ini dalam satu pertemuan semula penuh emosi dengan keluarganya selepas mengharungi detik hitam yang disifatkannya seperti neraka.
Jumpei Yasuda dibebaskan awal minggu ini sebelum dibawa ke Turki dan disatukan dengan semula dengan isterinya, Myu, ibu bapa dan ahli keluarga lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
“Saya meminta maaf kerana menyusahkan dan membuat anda semua risau namun terima kasih kepada anda semua, saya mampu pulang ke Jepun dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dibacakan oleh isterinya.
Yasuda enggan menjawab soalan media dan akan memberikan satu sidang media dalam masa terdekat. – AFP










