Wartawan Bulgaria dibunuh, EU gesa siasatan segera - Utusan Malaysia

Wartawan Bulgaria dibunuh, EU gesa siasatan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOFIA 8 Okt. – Ahli politik Kesatuan Eropah (EU) terkemuka dan aktivis media menggesa Bulgaria agar menjalankan siasatan segera berhubung pembunuhan wartawan, Viktoria Marinova.

Mayat Marinova ditemukan di sebuah taman berdekatan sungai Danube di bandar Ruse kelmarin.

Para penyiasat menyatakan dia telah dirogol kemudiannya dipukul dan dicekik hingga mati.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Bulgaria, Mladen Marinov yang pergi ke Ruse untuk melihat siasatan berhubung pembunuhan itu hari ini, berkata, tiada bukti setakat ini mengaitkan insiden tersebut dengan kerjaya Marinova sebagai wartawan.

Namun media memfokuskan kepada tugas terbaharu yang dijalankan oleh Marinova.

Marinova mengendalikan sebuah program bual bicara hal ehwal semasa dikenali sebagai “Detector” untuk sebuah stesen televisyen swasta kecil, TVN di Ruse.

Episod pertama pada 30 September lalu memaparkan wawancara bersama wartawan penyiasatan, Dimitar Stoyanov dari laman web Bivol.bg dan Attila Biro dari Rise Project Romania berhubung siasatan dakwaan penipuan membabitkan dana EU. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN