RAWANG 26 Okt. – Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya hari ini menganjurkan majlis penyerahan kutipan Tabung Rakyat Palestin 2018. Pada majlis itu, Alimah Abu Noh, Pengetua sekolah tersebut menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,445 kepada Profesor Madya Dr Faizul Azli Mohd Rahim, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan bagi pihak Aman Palestin. Kutipan yang berlangsung selama sebulan ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan yang diwakili oleh…