Warga emas terkandas atas bumbung rumah - Utusan Malaysia

Warga emas terkandas atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEVON 26 Okt. – Seorang bekas pelumba kereta berusia 102 tahun berjaya diselamatkan selepas tiga hari tergelincir di atas bumbung yang cuba dibaikinya.

Ron Easton

Ron Easton, ditemukan dengan keadaan muka tersembam pada bahagian antara bumbung rumah dan garaj manakala kotak peralatan pertukangan ditemukan di sebelahnya.

Jirannya, Trish Bagley menghubungi talian kecemasan 999 selepas mendapati mangsa tidak mengambil pesanan susu yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Menurut petugas perubatan, Nigel Toms, ketika mangsa ditemukan keadaannya sangat menyedihkan, lapor portal Metro.

“Namun dia memberi tindak balas ketika kami memanggil namanya. Easton sangat bernasib baik,’’ katanya.

Petugas Perkhidmatan Ambulans South Western terpaksa memanggil pihak bomba untuk membawa warga emas itu turun dari bumbung rumahnya di Bigbury-on-Sea, Devon.

Kata Bagley, Easton menaiki bumbung rumahnya menggunakan tangga yang terletak di bahagian belakang rumah.

“Tiada siapa yang nampak tangga itu justeru tiada siapa yang mengetahui dia berada di atas bumbung, mungkin dia tergelincir,’’ katanya.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN