DEVON 26 Okt. – Seorang bekas pelumba kereta berusia 102 tahun berjaya diselamatkan selepas tiga hari tergelincir di atas bumbung yang cuba dibaikinya. Ron Easton Ron Easton, ditemukan dengan keadaan muka tersembam pada bahagian antara bumbung rumah dan garaj manakala kotak peralatan pertukangan ditemukan di sebelahnya. Jirannya, Trish Bagley menghubungi talian kecemasan 999 selepas mendapati mangsa tidak mengambil pesanan susu yang diletakkan di hadapan rumahnya. Menurut petugas perubatan, Nigel Toms, ketika mangsa ditemukan keadaannya sangat menyedihkan, lapor portal Metro. “Namun dia memberi tindak balas ketika kami memanggil namanya. Easton sangat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya