MUMBAI 24 Okt. – Seorang wanita Indonesia melahirkan anak dalam pesawat Etihad Airways sewaktu penerbangan dari Abu Dhabi ke Jakarta hari ini.
Insiden itu menyebabkan pesawat terbabit terpaksa menukar laluan ke Mumbai.
“Penumpang itu melahirkan bayi perempuan kira-kira 40 sebelum mendarat di Mumbai,” menurut jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai.
Memuatkan artikel berkaitan…
Wanita itu dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut. – AFP











