KUANTAN – Tindakan seorang kerani wanita membuat tempahan cincin pertunangan menerusi panggilan telefon membawa padah apabila barang kemas itu tidak diterimanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 22 tahun mendakwa berurusan dengan suspek wanita bernama Meena pada 5 Jun lepas. Mangsa yang bekerja di sebuah tempat keagamaan mendakwa memperoleh nombor telefon suspek menerusi iklan di laman sosial Facebook. “Mangsa bersetuju menempah…










