KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah pusat hiburan eksklusif di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka dekat sini dan menahan seramai 38 wanita warga asing yang bekerja sebagai deejay, penari dan menjadi gadis kalung bunga.
Hasil siasatan mendapati, kesemua wanita warga asing itu turut menerima tip bayaran antara RM50 sehingga RM2,000 daripada pelanggan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan aduan berhubung penyalahgunaan pas selain individu yang tidak mempunyai permit atau dokumen yang sah.
“Daripada 240 individu yang diperiksa, seramai 38 wanita serta lima lelaki warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
“Antara aktiviti yang dikenal pasti dilakukan oleh wanita warga asing di premis berkenaan adalah bekerja sebagai deejay, penari dan menjadi gadis kalung bunga,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









