KUALA LUMPUR 10 Okt. – Hadiah berjumlah RM19,000 menjadi rebutan peserta Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2018 (Siri Lapan) anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Tasik Metropolitan Batu di sini Ahad ini. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, penganjuran acara yang mengangkat slogan ‘Jom Pancing, Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera’ itu juga antara lain bertujuan memberi ruang warga kota beriadah bersama keluarga pada hujung…










