Wakil rakyat wanita: Beberapa nama diteliti - Utusan Malaysia

Wakil rakyat wanita: Beberapa nama diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 22 Okt. – Beberapa nama dalam kalangan wanita yang mempunyai ketokohan akan diteliti dan diputuskan oleh kepemimpinan negeri untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik kelak.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali memberitahu, nama-nama itu daripada pelbagai latar, dan bukannya sekadar kalangan pemimpin politik untuk diberi kepercayaan memecah tradisi dengan memikul tanggungjawab sebagai ADUN tanpa kawasan.  

Beliau menjangkakan, dalam seminggu dua lagi, mesyuarat mingguan Exco  kerajaan negeri dijangka memutuskan bila pelantikan ini akan dibuat setelah dipersembahkan bagi mendapat perkenan Sultan kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama ada dalam sidang terdekat iaitu sidang bagi pembentangan Bajet 2019 atau sidang selepas itu belum diputuskan kerana beberapa aspek perlu dikira termasuk implikasi kewangan.

“Jika ini dilaksanakan, Terengganu merupakan negeri di Semenanjung yang pertama berbuat demikian untuk membolehkan wanita yang tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum diwakili dalam DUN sebagai wakil rakyat tetapi tidak boleh mengundi ,”ujarnya ketika dihubungi hari ini.

 Ogos lalu, Yahaya sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan Pas memutuskan  akan melantik  wanita 

sebagai  ADUN bagi membawa suara golongan itu yang tidak diwakili sebagaimana pelantikan senator di peringkat Parlimen.

 Beliau, peruntukan undang-undang tubuh mengenai pelantikan tersebut sudah diluluskan semasa Pas mentadbir Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, dan langkah ke arah itu kini dalam proses untuk diselesaikan.

“Kita mahu peranan wanita diperlihatkan, walaupun tidak menjadi calon atau tidak dipilih dalam pilihan raya umum  tetapi mereka turut diberi peranan sama untuk bercakap, berbahas di samping mengemukakan soalan, cuma sedikit perbezaan mereka tidak boleh mengundi (dalam persidangan),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini