LONDON 12 Okt. – Bilionair Britain, Richard Branson memaklumkan syarikatnya, Virgin Group akan menangguhkan perbincangan dengan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi berkaitan pelaburan berjumlah AS$1 bilion (RM4.1 bilion) bagi penerokaan ke angkasa lepas berikutan kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi. Branson dalam kenyataannya berkata, sekiranya laporan tentang kehilangan Jamal di Turki benar, perkara itu jelas akan mengubah minat Barat untuk mengadakan perniagaan dengan kerajaan Arab Saudi. Beliau juga mengantung keanggotaannya sebagai pengarah…










