[VIDEO] Zahid selesai beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Zahid selesai beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Okt.- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selesai memberikan keterangan yang berjalan selama lebih tujuh jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Menurut Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ia merupakan kali terakhir beliau dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam pada itu, saya bersedia sekiranya dipanggil SPRM jika maklumat itu tidak lengkap.

“Saya berharap ia akan dapat menjelaskan dan ini (beri keterangan) merupakan satu tindakan tidak boleh diketepikan orang awam,” katanya dalam sidang akhbar sejurus selesai memberikan keterangan kepada SPRM.

Beliau hari ini tampil sekali lagi bagi memberikan keterangan kepada SPRM untuk kali kelima.

Semalam dan kelmarin, Ahmad Zahid telah dipanggil memberi keterangan masing-masing selama lapan dan sembilan jam selain untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.

Beliau dipercayai memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi

Selain Ahmad Zahid, turut dipanggil memberikan keterangan adalah anak sulung beliau, Datuk Nurulhidayah dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi@Hamid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini