[VIDEO] Warga emas maut digilis bas ekspres - Utusan Malaysia

[VIDEO] Warga emas maut digilis bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Okt. – Seorang wanita warga emas maut akibat cedera parah di bahagian perut dan kaki selepas dilanggar dan digilis oleh sebuah bas ekspres ketika melintas jalan di Terminal Larkin Sentral, di sini hari ini.


Video MEDIA SOSIAL

Menerusi video yang viral dalam media sosial, mangsa, Er Shok Siew, 80, dilihat sedang melintas jalan dengan menarik sebuah bagasi dari Platform B02 menuju ke kompleks tidak menyedari bas yang datang dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa yang berasal dari Batu Pahat  mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki dan  dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.

“Wanita itu dilaporkan meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 7.50 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Terdahulu tular dalam media sosial satu video berdurasi 24 saat memaparkan saat menyayat hati ketika warga emas itu digilis sebuah bas di Terminal Larkin Sentral. 

Shahurinain berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pada awalnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum menukarkan kepada Seksyen 41(1) akta yang sama.

“Kita juga akan menahan pemandu bas, iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun untuk membantu siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN