KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seorang lelaki warga Bangladesh terselamat daripada dihanyutkan arus deras di Sungai Batu, Jalan Raja Laut berhampiran pusat beli-belah Sogo, di sini petang tadi.
Video MEDIA SOSIAL
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada pukul 4.02 petang.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati mangsa sedang hanyut dalam sungai. Bomba seterusnya menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali untuk menarik mangsa.
“Mangsa yang berumur 30 tahun itu berjaya dinaikkan pada pukul 4.35 petang dan diserahkan kepada pihak Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE











