[VIDEO] Tumpahan minyak di Jalan Parang, baja di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tumpahan minyak di Jalan Parang, baja di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 24 Okt. – Pengguna Jalan Parang menghala ke Pelabuhan Utara dekat sini dinasihatkan berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut ekoran jalan licin akibat tumpahan minyak yang berlaku di situ.

Berdasarkan maklumat daripada pelayar Utusan Online, tumpahan minyak yang berlaku berhampiran Gudang Tamadam itu berlaku ekoran kebocoran pada tangki sebuah lori yang membawa muatan minyak petrol.

Menurut maklumat tersebut, kejadian itu mengakibatkan pemandu kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut mengalami kesukaran untuk mengawal kenderaan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keadaan tersebut juga mengakibatkan beberapa kemalangan hampir berlaku.

Pelayar Utusan Online turut melaporkan satu kemalangan membabitkan sebuah lori berlaku di susur masuk ke Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru berhampiran susur masuk ke Lebuhraya Shahpadu.

Lori yang dipercayai terbabas lalu terbalik itu telah mengakibatkan tumpahan muatan dipercayai baja menutupi sebahagian daripada laluan tersebut.

Setakat laporan, tiada sebarang maklumat lanjut diperolehi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini