KUALA LUMPUR 3 Okt. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menghantar sebuah pesawat A400M bagi memulakan misi pertama membantu mangsa gempa bumi di Sulawesi, Indonesia. Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Datuk Muhammad Mudzamir Ong Abdullah berkata, pesawat tersebut ditugaskan sebagai pesawat pengangkut membawa barang keperluan secara ulang-alik dari Jakarta ke Palu sekurang-kurangnya dua kali sehari. Menurutnya, pesawat tersebut turut membantu membawa keperluan perubatan yang disumbangkan Persatuan Bulan…










