[VIDEO] Suasana pilu majlis penghargaan enam anggota bomba - Utusan Malaysia

[VIDEO] Suasana pilu majlis penghargaan enam anggota bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Okt. – “Nak ayah… nak ayah….”

Demikian teriakan Muhamad Meqa Al Asyraf iaitu anak bongsu kepada Allahyarham Mohd. Fatah Hashim, 34, yang merupakan salah seorang daripada enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang ditemukan maut dalam operasi mencari dan menyelamat dekat Cyberjaya baru-baru ini

Teriakan itu didengari sebaik sahaja kanak-kanak berumur setahun 10 bulan itu melihat kelibat anggota dan pegawai berpakaian uniform bomba pada Majlis Penghargaan Wira Merah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas ibunya, Noor Nadia Kamaludin, 29, sejak pemergian Mohd. Fatah 20 hari lalu, Muhamad Meqa sememangnya rapat dengan bapanya dan sering dibawa ke balai bomba bersamanya.

“Kalau kakaknya, Nur Medina Aisyah, 3, dia tahu bapanya sudah tiada jadi dia cuba mengelak tengok perkara berkaitan bomba.

“Tetapi ada satu malam selepas pulang ke rumah di Perlabuhan Klang buat pertama kali selepas ketiadaan Mohd. Fatah, Nur Medina terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi dan memanggil ayahnya. Saya pujuknya, kata ayah sudah tiada… Kakak kena duduk dengan ibu,” katanya kepada pemberita pada majlis berkenaan.

Majlis bertujuan menghargai serta menyampaikan sumbangan kepada waris-waris mangsa terbabit itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin itu dihadiri kira-kira 200 anggota JBPM di sini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini