SEPANG 4 Okt.- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lemas di bekas lombong di Cyberjaya terpaksa menggunakan khidmat anjing pengesan.
Pencarian itu melibatkan kawasan kejadian yang terletak bersempadan dengan Taman Putra Perdana, Puchong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, sebanyak dua ekor anjing Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digunakan untuk pencarian di kawasan mangsa yang dikatakan tergelincir.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Anjing-anjing ini berperanan mengesan bau mangsa sekali gus membantu operasi pencarian.
“Selain itu, kita menggunakan bot-bot agensi penyelamat lain di kawasan lombong yang berukuran jarak satu kilometer,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











