KUALA TERENGGANU – Bahang kehangatan Piala Malaysia 2018 semakin terasa apabila lebih 3,000 peminat sukan bola sepak di negeri Terengganu sanggup beratur sejak pukul 6 pagi tadi di Kaunter C, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Sabtu ini.
Difahamkan hanya 2,000 tiket perlawanan akan dijual hari ini namun, bilangan orang ramai yang hadir melepasi angka jualan tiket tersebut.
Tinjauan Kosmo! Online mendapati orang ramai sanggup beratur di tengah panas sambil berasak-asak walaupun kaunter jualan tiket hanya mula dibuka pada pukul 10.30 pagi.
Pada perlawanan Sabtu ini, skuad Terengganu Football Club 1 bakal berdepan Perak di Stadium Shah Alam, Selangor pada lusa. – K! ONLINE










