BENTONG 6 Okt. – Perjalanan proses pemilihan kepemimpinan PKR di negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk termasuk pergaduhan sehingga pukul 3 petang ini. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan laporan diterimanya, jumlah ahli yang keluar mengundi adalah seperti yang dijangkakan di setiap kawasan. “Di kawasan yang kita kuat seperti di daerah ini, Temerloh dan Bera menunjukkan jumlah yang ramai berbanding daerah lain seperti Pekan, Maran dan Rompin…










