[VIDEO] PGA Briged Sarawak rampas rokok dan arak bernilai RM196,250 - Utusan Malaysia

[VIDEO] PGA Briged Sarawak rampas rokok dan arak bernilai RM196,250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 25 Okt. – Penyeludupan rokok dan arak haram ditumpaskan dengan rampasan berjumlah RM196,250 dalam tiga serbuan dijalankan unit risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak hari ini.


Video oleh MD. AZRIN ROSLY

Komandernya, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan tersebut diketuai tiga pegawai dan 16 anggota risik Ibu Pejabat serta Batalion 11 bersama empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, risikan dibuat selama sebulan terhadap sebuah kedai di Jalan Stutong, sebuah rumah teres di Batu 9 dan rumah semi D dipercayai dijadikan stor di Batu 11, Jalan Kuching-Serian.

“Serbuan pertama pada pukul 10 pagi tadi yang mana suspek berusia 37 tahun ditahan dan kita merampas 175 kotak bir pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM8,750.

“Seorang lagi suspek berusia 68 tahun ditahan dan merampas 20 kotak berisi 1,000 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM25,000 dalam serbuan kedua ,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, serbuan ketiga pula berjaya merampas 5,500 rokok pelbagai jenama bernilai RM162,500 yang dipercayai rumah itu dijadikan sebagai stor transit barangan seludup berkenaan.

“Barang seludup ini dipercayai datang dari negara jiran melalui laluan darat dan laut.

“Pihak PGA melalui pasukannya dalam Op Libas akan terus memantau, melakukan risikan dan bertindak terhadap kegiatan penyeludupan meskipun sudah melepasi sempadan di seluruh negeri ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN