[VIDEO] Perhimpunan Teksi: Tindakan tegas jika langgar undang-undang - KP Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

[VIDEO] Perhimpunan Teksi: Tindakan tegas jika langgar undang-undang – KP Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha dan pemandu teksi yang menimbulkan kekacauan serta menggugat keselamatan orang ramai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan bertoleransi terhadap pengusaha teksi yang berhimpun sekiranya ia diadakan secara aman.

“Mereka ini juga perlu memaklumkan kita mengenai aktiviti itu 10 hari lebih awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau mereka dah maklum, tempat demonstrasi juga sesuai serta tidak mengganggu lalu lintas dan mereka tidak mengancam keselamatan orang lain, memang tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program High Profile Policing di Bukit Bintang, di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, pemandu teksi seluruh negara merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, di sini hari ini sebelum ditunda ke minggu hadapan.

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, keputusan berkenaan diambil selepas perbincangan yang diadakan bersama pihak Polis Diraja Malaysia berikutan terdapat satu lagi perhimpunan di lokasi sama, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini