IPOH 25 Okt. – Lebih 1,000 penyokong Perak kecewa dan marah apabila tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang yang dijual di Stadium Perak di sini hari ini habis awal.
Seorang penyokong, Ahmad Faizul Yusuf dari Tanjung Belanja berkata, kaunter tiket dibuka pada pukul 9.15 pagi dan ditutup sejam kemudian dengan alasan tiket sudah habis dijual.
Menurutnya, ini menyebabkan ramai penyokong tidak sempat untuk membeli tiket.
“Kami kecewa kerana tidak logik tiket habis awal. Ramai yang masih menunggu umtuk mendapatkan tiket.
“Tambah mengecewakan kerana tiada seorang pun pegawai Pafa yang hadir untuk memberi penjelasan,” katanya.
Tinjauan mendapati para penyokong masih menunggu di pekarangan stadium dengan harapan untuk mendapatkan tiket.
Ketika ini keadaan masih terkawal dan ada penyokong yang sanggup berpanas sementara menunggu perkembangan lanjut perkara ini. – UTUSAN ONLINE










