[VIDEO] Pemilihan PKR, pengundian Cabang Merbok lancar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemilihan PKR, pengundian Cabang Merbok lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK 27 Okt. – Tidak seperti sebelumnya, pemilihan PKR Cabang Merbok yang dilangsungkan semula di Dewan Hock Teik Soo di sini, hari ini berjalan lancar tanpa ada sebarang kekecohan.

Menurut ketua pengawas pusat pengundian di situ, Mohd. Mokhtar Hamzah, setakat pukul 12.30 tengah hari, sebanyak 5.79 peratus atau 367 daripada 6,409 ahli yang layak mengundi  menjalankan tanggungjawab masing-masing.   

“Bagi saya, suasana tenang hari ini banyak didorong oleh susun atur baik serta pemilihan tempat mengundi yang selesa sekaligus memudahkan urusan pengundian dan mengelakkan kekalutan.

“Sebanyak 37 tablet disediakan bagi melancarkan pengundian. Suasana selesa seperti ini sudah pasti dapat mengelakkan kekecohan daripada berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau menambah, pihaknya menyasarkan untuk menarik seramai 1,500 ahli untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.

Proses pengundian di cabang itu kali ini menjadi tumpuan setelah pemilihan pertama yang diadakan di The Carnivalpada 22 September lalu, terpaksa dihentikan setelah berlaku kekecohan sehingga memaksa pihak polis menahan beberapa individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN