[VIDEO] Najib dan Mohd. Irwan guna dana kerajaan untuk tujuan lain. - SPRM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib dan Mohd. Irwan guna dana kerajaan untuk tujuan lain. – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kesemua tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah adalah kerana wang tersebut digunakan untuk tujuan lain.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, peguam telah mengesahkan pertuduhan tiga hingga enam adalah berhubung sejumlah dana yang dibayar kepada firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Kita tunggu perbicaraan, tapi saya boleh katakan sebahagian daripada pertuduhan adalah berkait dengan kontrak yang diberikan kepada syarikat luar negara.

“Malah pertuduhan yang keenam juga berhubung dengan penjualan tanah Kementerian Kewangan,” katanya ketika ditemui selepas selesai sebutan kes Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN