Hadiah wang tunai dan sijil penyertaan peringkat kebangsaan menjadi faktor pemangkin untuk pelajar sekolah menengah menyerlahkan kreativiti mereka secara berkumpulan dalam Pertandingan Video Pendek #Muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online sejak Januari lalu dan akan berakhir pada Disember depan. Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16, Shah Alam, Mohamad Khamidon Sadi, pertandingan ini sebagai salah satu cara mencungkil bakat terpendam dalam kalangan generasi muda di samping menerapkan semangat perpaduan antara kaum…










