SHAH ALAM 29 Okt. – Kerajaan masih perlu memberikan subsidi kepada masyarakat, namun perlu secara bersasar supaya dapat dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Menurut Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Mohd. Azmi Abdul Hamid, pemberian subsidi secara menyeluruh tanpa golongan sasar akan menjejaskan pengagihan ekonomi negara secara saksama. “Pemberian secara ‘blanket’ (menyeluruh) akan meningkatkan jurang kualiti hidup. “Jadi, kerajaan perlu mengkaji sepenuhnya golongan sasar yang sepatutnya menerima subsidi, sebagai…










