[VIDEO] Lubuk judi warga asing diserbu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lubuk judi warga asing diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK 22 Okt. – Sebanyak 10 individu termasuk dua penjaga warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah premis judi haram di Jalan Daya, Bandar Baru Selayang di sini malam tadi.

Video oleh Naimah Mohamed

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan bermula kira-kira pukul 7 petang dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu, sebanyak 13 mesin slot dan simulator bernilai kira-kira RM225,000 dirampas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai premis judi yang baru beroperasi selama empat hari itu daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati mereka hanya menerima pelanggan yang terdiri daripada warga asing bagi mengelak dikesan pihak polis.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an dan dibawa ke IPD Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 4B (a) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini