KUALA TERENGGANU – Hujan renyai tidak menjadi halangan lebih 8,000 penyokong skuad Penyu membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini hari ini untuk membeli tiket aksi separuh akhir pertama antara Terengganu Football Club I (TFC I) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini. Sebahagian penyokong terbabit termasuk wanita telah memenuhi perkarangan stadium terbabit sejak pukul 6 pagi dan beratur sejauh kira-kira satu kilometer untuk menunggu kaunter tiket dibuka pada…










