HULU SELANGOR 11 Okt. – Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 432, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. G. Alagenran, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret. Mengikut pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa sebagai seorang pemandu lori BNV 6378 jenis Isuzu telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya