[VIDEO] Kilang perabot musnah terbakar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kilang perabot musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Sebuah kilang perabot dua tingkat di Jalan Bangi Lama, dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.03 petang sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Bangi dan Serdang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi, api sedang marak dan pasukan bomba dengan kekuatan dua pegawai bersama 25 anggota memulakan operasi memadam kebakaran di kilang yang berkeluasan 9.2 meter panjang dan 23. 2 meter lebar.

“Kita dapati lebih 60 peratus kawasan kilang telah musnah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN