[VIDEO] Kem Rafizi dakwa dihalang masuk ke dewan mengundi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kem Rafizi dakwa dihalang masuk ke dewan mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kekecohan berlaku semasa Pemilihan PKR Cabang Puchong, Selangor, sebentar tadi apabila beberapa penyokong kem Timbalan Presiden, Rafizi Ramli mendakwa mereka cuba dihalang masuk ke dewan pengundian oleh pihak yang menguruskan perjalanan pemilihan.

Dengan berbaki masa hampir sejam lagi sebelum proses pengundiaan ditamatkan pada pukul 5 petang, berlaku pertikaman lidah sesama mereka kononnya giliran penyokong Rafizi masuk ke dalam dewan cuba dilewat-lewatkan.

Malah seorang daripada penyokong Rafizi yang enggan dikenali mendakwa, pihak yang menjaga pintu masuk dewan hanya membenarkan penyokong satu lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sahaja masuk ke dewan mengundi.

Bagaimanapun pihak yang menjaga pintu masuk dewan berkata, tidak timbul berlakunya sikap pilih kasih dan menyatakan kelonggaran memasuki dewan hanya dihadkan kepada warga emas dan wanita mengandung sahaja tanpa mengira penyokong Mohamed Azmin atau Rafizi.

Pemilihan di Cabang Puchong membabitkan 17,000 ahli PKR yang layak mengundi, iaitu yang teramai berbanding enam lagi Cabang di Selangor yang mengadakan pemilihan hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN