[VIDEO] Irwan Serigar dibawa ke Mahkamah Sesyen KL - Utusan Malaysia

[VIDEO] Irwan Serigar dibawa ke Mahkamah Sesyen KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Okt.- Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini untuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kenderaan jenis Hyundai Starex berwarna hitam yang membawa Mohd. Irwan Serigar itu dilihat keluar pada pukul 7.37 pagi.

Beliau bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dikenakan enam pertuduhan bersama pada pagi ini bagi kes berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah ama­nah sejumlah wang yang dipercayai bernilai lebih RM6 bilion.

Semalam, kedua-dua mereka hadir memberi keterangan kepada SPRM membabitkan kes tersebut.

Bagaimanapun, Najib dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada pukul 5 petang selepas memberi keterangan selama tiga jam manakala Mohd. Irwan Serigar pula ditahan untuk dibawa ke mahkamah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN