[Video] House of Healin guna media digital dekati pelanggan - Utusan Malaysia

[Video] House of Healin guna media digital dekati pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Perubahan zaman dari era konvensional untuk memasarkan produk yang dihasilkan menuntut pengurusan Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (HPSB) yang memasarkan produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama House of Healin meneroka platform media digital sebagai rangkaian pemasaran untuk produk-produk yang dihasilkan.

PROF. DATUK DR. HASSAN YAACOB
PROF. DATUK DR. HASSAN YAACOB 

Anjakan strategi pemasaran secara konvensional kepada kaedah pemasaran menerusi dalam talian termasuk penjualan di platform-platform digital termasuk di media sosial Facebook, diambil dan diterima secara positif oleh Pengerusi HPSB, Prof. Datuk Dr. Hassan Yaacob.

Sebagai seorang usahawan produk kesihatan dan kecantikan, Dr. Hassan yang juga merupakan seorang saintis yang banyak menghabiskan masa menumpu perhatiannya kepada kajian demi kajian untuk setiap hasil produk-produk di bawah House of Healin berkata, sudah tiba masanya, strategi pemasaran produk House of Healin menggunakan pendekatan media digital seperti Facebook yang ternyata memperlihatkan pautan tanpa sempadan dengan para pengguna dan pelanggan berpotensi House of Healin.

“Produk-produk House of Healin telah berada di pasaran sejak 21 tahun yang lalu dan lebih 50 produk yang dihasilkan termasuklah produk-produk kesihatan, suplemen, produk kecantikan, penjagaan kulit dan kosmetik untuk para pengguna.

“Hari ini, apabila zaman berubah wajah, semuanya sudah celik IT dan media digital atau pun media sosial dilihat telah menjadi medium untuk memasarkan produk.

“Maka itulah, kita juga dalam urusan pemasaran atau marketing strategy, tidak boleh ketinggalan kerana rangkaian perniagaan sedia ada House of Healin ini mesti dilebarkan dalam apa juga cara dan kaedahnya,” katanya kepada wartawan Utusan Online ketika di temui di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Melihatkan strategi pemasaran di media digital termasuk yang dibuat secara langsung atau live di Facebook House of Healin, Dr. Hassan percaya rangkaian untuk menggapai para pengguna dan warga net adalah lebih meluas.

HOUSE OF HEALIN
 

Oleh yang demikian, Dr. Hassan menerusi Facebook House of Healin tampil berinteraksi dan memberi pencerahan mengenai produk-produk terbaharu yang dikeluarkan oleh House of Healin.

Sejak awal Oktober ini, Dr. Hassan telah pun bersiaraya secara langsung di Facebook House of Healin Official pada setiap hari Selasa, pukul 9 malam, berdurasi selama 30 minit.

“Saya mahu berkongsi dengan pengguna bahawa produk-produk House of Healin dihasilkan melalui Kajian dan Penyelidikan atau Research & Development (R&D) yang memakan masa bertahun kerana kita mahu pastikan setiap produk itu, sama ada produk kesihatan mahupun produk kecantikan termasuk penjagaan kulit, memberi manfaat kepada pengguna tanpa kemudaratan.

HOUSE OF HEALIN
 

“Kajian dan Penyelidikan bukannya murah dan apabila kita mahu komersialkan produk-produk, kita mesti berbelanja untuk R&D.

“Dan hasilnya, produk-produk House of Healin berjaya dieksport ke Dubai, London dan Indonesia kerana tumpuan 100 peratus diberikan kepada R&D yang membuahkan produk berkualiti,” katanya yang berpuas hati kerana mampu membantu pengguna di luar sana yang mahukan produk kesihatan dan kecantikan bermutu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN