[VIDEO] Fujifilm, Mediamony jalin kerjasama - Utusan Malaysia

[VIDEO] Fujifilm, Mediamony jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. yakin kerjasamanya bersama Mediamony Sdn. Bhd. akan meningkatkan pendedahan mengenai keupayaan produk jenama tersebut khususnya bagi segmen kamera ‘mirrorless’ kepada pengguna di Malaysia.

Menurut Ketua Bahagian Pengimejan Elektronik, Hon Soon Teng, kerjasama selama enam bulan ini menyaksikan jurugambar Utusan Malaysia menggunakan kamera ‘mirrorless’ terbaharu buatan Fujifilm, X-H1 di lapangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kamera berprestasi tinggi ini direka bagi memenuhi keperluan jurugambar pofesional, dan kami yakin kamera ini mampu memenuhi keperluan,” kata beliau selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Fujifilm, Fumiaki Sato; Pengarah Eksekutif Mediamony Sdn. Bhd., Mohd. Yazid Ahmad dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Selain bekalan badan kamera dan peralatan lain, perjanjian ini turut meliputi bengkel latihan penggunaan dan perkhidmatan teknikal dan servis kepada syarikat.

Sementara itu, Yazid dalam ucapannya berkata, selaku salah sebuah akhbar arus perdana perdana, Utusan Malaysia amat menghargai kerjasama ini dan berharap peralatan yang digunakan nanti akan mampu merakam visual yang berjaya menarik dan memenuhi cita rasa pembacanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini