[VIDEO] Bekas Pengarah KKBN didakwa rasuah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bekas Pengarah KKBN didakwa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Seorang bekas pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pontian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas kesalahan pecah amanah membabitkan RM11,315 pada 2014.

Tertuduh, Zunaidah Abdul Razak, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan curangnya menyalahgunakan bagi kegunaan sendiri wang peruntukan elaun pelajar dan pelbagai belanja pentadbiran pejabat KKBN berjumlah RM11,315.

ZUNAIDAH Abdul Razak
ZUNAIDAH Abdul Razak didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan wang peruntukan elaun pelajar dan wang perbelanjaaan pentadbiran sebanyak RM 11,315.00 bagi kegunaan sendiri di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

Zuraidah dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad Pontian Kechil, 742 Wisma Koperasi, Jalan Taib, Pontian Kechil, Pontian dekat sini pada 28 Mei 2014.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebar dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN