KUALA LUMPUR 9 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 November ini untuk mendengar permohonan bantahan awal Lembaga Pengampunan berhubung permohonan seorang pengundi di Port Dickson bagi mendapat perisytiharan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sehingga tempoh hilang kelayakannya tamat ekoran status pengampunannya yang dipertikaikan. Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Lembaga Pengampunan yang dinamakan sebagai pihak defendan berkata, pihaknya…










