[VIDEO] Bantah ICERD: Keranda diusung - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bantah ICERD: Keranda diusung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Sebuah keranda diusung dalam perhimpunan membantah komitmen kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perhimpunan yang diadakan di laluan menuju ke bangunan Parlimen pagi ini itu dihadiri hampir 300 peserta daripada pelbagai usia dan latar belakang.

PESERTA perhimpunan membantah ICERD mengusung keranda
PESERTA perhimpunan membantah ICERD mengusung keranda di laluan menuju ke bangunan Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE

Selain berhimpun, satu memorandum bantahan juga diserahkan kepada wakil kerajaan sebagai manifestasi penolakan terhadap komitmen kerajaan mahu meratifikasi konvensyen antarabangsa itu.

Pelbagai sepanduk menolak ratifikasi konvensyen itu diangkat, malah dilaungkan oleh peserta perhimpunan.

Kemuncaknya apabila empat individu mengusung keranda ke perhimpunan itu dipercayai sebagi simbolik penghapusan hak bumiputera seperti terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya ICERD diratifikasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN