[VIDEO] Ahmad Zahid tidak tunduk desakan berundur - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ahmad Zahid tidak tunduk desakan berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Okt. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memutuskan untuk tidak akan berundur daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO meskipun didesak pihak tertentu termasuk kepemimpinan dalam UMNO sendiri.

Tegasnya, beliau juga tidak akan tunduk kepada mana-mana gesaan atau desakan pihak terbabit agar beliau mengambil cuti seketika sehingga kes pertuduhan terhadapnya di mahkamah selesai.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak akan mengalah malah menganggapnya sebagai bukan satu pilihan sebaliknya mengambil keputusan untuk meneruskan tugas sebagai Presiden UMNO bersama-sama barisan kepemimpinan tertinggi parti.

“Saya reda dengan apa yang sedang dilakukan tetapi bila keadaan ini berlaku dan ada cadangan untuk saya ambil cuti, dalam erti kata lain untuk berundur, saya tidak anggap ianya adalah satu option (pilihan).

“Mengalah bukan satu pilihan kepada saya dan saya ambil keputusan untuk teruskan tugas sebagai Presiden UMNO bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan lain-lain serta kepemimpinan sayap parti,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita sejurus selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kepemimpinan UMNO negeri Terengganu di Bangunan UMNO Kuala Terengganu sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini, hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa serta kepemimpinan UMNO Pusat dan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN