KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang hadir kira-kira pukul 9 pagi meluangkan masa hampir satu jam di mahkamah tersebut atas dasar persahabatan.
“Saya datang untuk memberikan sokongan moral, saya nak pergi ke Parlimen.
“Saya datang bukan sahaja sebagai sahabat tetapi memberikan dokongan terhadap kedua-dua mereka secara peribadi,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Najib dan Mohd. Irwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas enam pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan. – K! ONLINE










