PUTRAJAYA 11 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selesai memberikan keterangan selama sembilan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu dan hanya mengesahkan beliau akan hadir sekali lagi esok untuk tujuan yang sama. “Saya tidak berhasrat untuk membuat sidang akhbar, cuma saya berasa lega atas kesetiaan rakan-rakan media yang menunggu saya walaupun dalam hujan.…










