KUALA LUMPUR 20 Okt. – Satu majlis minum petang diadakan bagi meraikan ahli pasukan pancaragam Kor Kadet Victoria Institution (VICCB) di sebuah restoran di ibu kota hari ini.
Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu antara lain bertujuan menghargai pencapaian dan kerja keras setiap ahli dalam beberapa siri pertandingan yang disertai di dalam mahupun luar negara sepanjang tahun ini.
Yang turut hadir memeriahkan majlis, Ketua Guru penasihat VICCB, Hasnani Abdul Samad, Pengarah pancaragam VICCB, Muhaizi Mukzakir, barisan guru-guru penasihat, jurulatih dan ibu bapa yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pasukan itu.
Majlis turut meraikan ahli yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 5.
Suasana bertukar sedikit hiba terutama kepada ibu bapa dan pelajar kerana ini merupakan tahun akhir mereka bersama VICCB.
Pelbagai pengisian diatur sepanjang majlis yang berlangsung dari pukul 2 hingga 6 petang itu termasuk persembahan pentas daripada ahli VICCB dan cabutan bertuah. – UTUSAN ONLINE










