Usia 12 tahun sudah terjebak jenayah - Utusan Malaysia

Usia 12 tahun sudah terjebak jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Okt. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengesan remaja seawal usia 12 tahun didapati sudah terlibat dengan pelbagai salah laku serta perbuatan jenayah di negeri ini.

JKM hantar laporan kes budak kahwin
Said Sidup

Pengarah JKM negeri, Said Sidup berkata, berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh, kebanyakan remaja itu terlibat dengan jenayah pecah rumah dan mencuri.

Menurutnya, perlakuan jenayah itu didorong akibat penyalahgunaan pil kuda dan air ketum yang bermula daripada pengaruh rakan sebaya.

“Sepanjang 2017 seramai 589 remaja telah terlibat dengan jenayah berbanding 441 bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

” Ini menunjukkan berlakunya peningkatan dan JKM memandang serius perkara tersebut,” katanya dalam majlis Ramah Mesra JKM Kelantan Bersama Media di sini hari ini.

Said memberitahu, sepanjang Januari hingga September tahun ini, seramai 415 remaja didapati terjebak dengan perlakuan jenayah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN