Usia 10 tahun baru bersekolah - Utusan Malaysia

Usia 10 tahun baru bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Lebih 200 kanak-kanak Orang Asli suku kaum Batek berumur antara enam hingga sembilan tahun di Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5, Pos Lebir di sini tercicir dalam pelajaran kerana jarak sekolah yang terlalu jauh dari penempatan mereka.

Sekolah yang terdekat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi yang terletak kira-kira 90 kilometer dari kampung mereka.

Seorang bapa, Ahmad Rostan Datu, 25, dari Kampung Aring 5 berkata, walaupun SK Pasir Linggi menyediakan asrama tetapi kanak-kanak yang belajar di prasekolah hingga darjah tiga tidak tahu untuk menguruskan diri sendiri kerana masih kecil.

Menurutnya, penduduk juga tidak mampu untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka setiap hari di sekolah kerana tiada kenderaan.

“Disebabkan itu, ramai anak-anak Orang Asli di sini lambat memasuki alam persekolahan.

“Kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas tiada masalah kerana mereka boleh tinggal di asrama dan sudah pandai me­nguruskan diri sendiri,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN