UPM ke-34 terbaik di Asia - Utusan Malaysia

UPM ke-34 terbaik di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) meningkatkan kedudukan ke tangga ke-34 universiti terbaik di Asia, melonjak dua anak tangga dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2019.

Naib Canselor UPM Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata, pencapaian terbaik UPM dalam kedudukan penarafan itu adalah kecemerlangan dalam pengantarabangsaan.

“Kami mencapai markah yang tinggi untuk indikator pertukaran pelajar ‘inbound dan outbound’. Skor lain yang lebih tinggi ialah petunjuk pengantarabangsaan seperti jaringan penyelidikan antarabangsa, fakulti antarabangsa dan pelajar antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inisiatif berterusan UPM meningkatkan kerjasama antarabangsa melalui pelbagai program yang telah menghasilkan peningkatan dalam petunjuk pengantarabangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UPM juga mengekalkan kedudukannya sebagai universiti kedua terbaik negara dalam ranking itu selepas Universiti Malaya untuk tiga tahun berturut-turut. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini