Untung bersih e-hailing hanya 25 % - Utusan Malaysia

Untung bersih e-hailing hanya 25 %

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Pendapatan lumayan sehingga mampu mencecah lima ang­ka sebulan sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing sebenarnya berstatus indah khabar daripada rupa apabila keuntungan bersih yang diperoleh hanya sekitar 25 peratus.

Pengerusi Persa­tuan Pemandu Uber, Grab dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail men­jelaskan, jika pemandu teksi mengeluh perlu memandu selama berjam-jam lamanya untuk mencari pendapatan, pemandu e-hailing juga menghadapi situasi sama.

Beliau berkata, daripada RM100 yang diperoleh pemandu e-hailing, ia perlu dipe­cahkan kepada empat bahagian iaitu 25 peratus komisen syarikat, 25 peratus kos bahan api, 25 peratus untuk penyelenggaraan kereta dan selebihnya itulah pendapatan bersih mereka.

SYED ROSLI
SYED ROSLI 

Jelasnya lagi, adalah tidak adil untuk melabel pemandu e-hailing beroperasi dengan kurang bebanan berbanding pemandu teksi sedang­kan mereka perlu menanggung 100 peratus kos operasi dan tidak menerima sebarang subsidi kerajaan.

“Isu teksi dan e-hailing ini sudah terlalu lama berlanjutan. Jika pemandu teksi mengadu pendapatan mereka terganggu, kami juga perlu memandu berjam-jam lamanya untuk peroleh pendapatan bersih hanya sekitar 25 peratus.

“Sudah hampir empat tahun 
e-hailing berada di Malaysia dan ia terus menjadi pilihan pengguna. Kami terus wujud kerana permintaan masyarakat. Kalau teksi desak supaya kami dihapuskan, bagaimana pula dengan nasib lebih 300,000 pemandu ­e-hailing yang ada?” soalnya ketika me­ngulas mengenai pendapatan pemandu teksi di Pulau Langkawi, Kedah yang terjejas teruk selepas kewujudan e-hailing di pulau peranginan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemandu wanita e-hailing, Suria Shahidan, 48, berkata, selain memikirkan polisi untuk mengimbangi persaingan di antara teksi dan perkhidmatan tersebut, kerajaan juga perlu me­nguatkuasakan undang-undang untuk melindungi kepentingan golongan sepertinya.

Menurutnya, setakat hari ini, dasar yang ditetapkan oleh syarikat adalah lebih menguntungkan mereka dan penumpang berbanding mengutamakan kebajikan pemandu yang jelas merupakan nadi kepada per­khidmatan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN