United kena denda kerana penyokong - Utusan Malaysia

United kena denda kerana penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland 25 Okt. – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) hari ini mengenakan denda terhadap Manchester United kerana gagal mengawal penyokongnya sehingga menceroboh masuk ke dalam padang sewaktu pertembungan Liga Juara-Juara menentang Juventus di Old Trafford semalam.

UEFA bertindak sedemikian setelah mendapati salah seorang penyokong skuad Red Devils berlari masuk ke dalam padang sewaktu perlawanan berlangsung di babak pertama saingan Kumpulan H itu

Sementara dua lagi cuba mendapatkan Cristiano Ronaldo setelah wisel penamat dibunyikan, dengan salah seorang daripadanya sempat berswafoto bersama bekas penyerang United itu sebelum dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

United akan dikenakan hukuman berdasarkan Akta Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA pada 22 November ini.

Bagaimanapun United yang dikendalikan Jose Mourinho tidak dikenakan hukuman atas kelewatan mereka ke perlawanan tersebut selepas sebelum ini dikenakan denda atas sebab tersebut ketika menentang Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara.

Lalu lintas yang sesak di Old Trafford menjelang pertemuan menentang Juventus telah menyukarkan pergerakan bas Red Devils, bagaimanapun mereka memilih untuk berjalan ke stadium dan tiba tepat pada masanya.

United terdahulu tiba lewat dalam perlawanan di laman sendiri menentang Valencia dalam kejohanan sama tiga minggu lalu dan dikenakan denda 5,000 euro (RM23,780) oleh UEFA, dengan tambahan 10,000 euro (RM47,560) atas kelewatan sepak mula daripada jadual yang ditetapkan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN