UniMAP naib juara pertandingan debat di Thailand  - Utusan Malaysia

UniMAP naib juara pertandingan debat di Thailand 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menjadi naib juara Pertandingan Debat bahasa Inggeris Pertubuhan Universiti Asia Pasifik di Bangkok, Thailand pada 20 Oktober lalu.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pasukan debat universiti itu tewas kepada Universiti Jaipur, India pada pusingan akhir pertandingan.

“Namun, salah seorang pendebat iaitu Teh Fu Yuan telah dinobatkan sebagai pembahas lelaki terbaik dalam pertandingan yang disertai lebih 10 universiti merangkumi pelbagai negara seperti Malaysia, Thailand, Filipina dan India itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peserta dari UniMAP selain Teh Fu Yuan ialah Lam Zi Xin dan Muhammad Adli Aswadi.

“Saya berharap kejayaan ini dapat menyuntik semangat warga UniMAP khususnya mahasiswa untuk terus mencipta kecemerlangan peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini