KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kematian enam anggota bomba dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini malam semalam turut memberi tamparan hebat kepada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng. Kesedihan yang teramat dirasakan oleh Chee Heng itu disebabkan hubungan sebagai guru dan murid yang terjalin sewaktu dia menjalani latihan menyelamat bagi sukarelawan bomba yang dibimbing oleh Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA).…










