UMNO tolak ratifikasi ICERD -Annuar - Utusan Malaysia

UMNO tolak ratifikasi ICERD -Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – UMNO menolak sekeras-kerasnya hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun depan.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO menyokong segala bentuk penentangan yang dilancarkan oleh parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat keseluruhannya.

“Majlis Tertinggi UMNO akan berbincang lanjut tindakan yang bakal kita ambil untuk menyemarakkan penentangan ini.

“UMNO menganggap ratifikasi ini ‘ultra vires’ dan mencabul perlembagaan negara,” katanya dalam status Facebook miliknya hari ini.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengesahkan kerajaan PH komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah, daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN